Wednesday, May 13, 2009

slm sume!!!!

me nk blek dah..mlm nti...xsbr nk blek..bleh men ngn aishah, yin, syafiq...junior2 me...huhu....arap2 kt umah nti me bleh post ag kalo tenet de...~~~~tata

Wednesday, November 12, 2008

Tuesday, November 11, 2008

susu

Dalam sebuah taman perumahan tinggal seorang tua bersama denagan anak dan juga menantunya. si anak berkerja sebagai seorang pengurus di sebuah syarikat manakala si bapa dan isterinya tidak berkerja.
Nak dijadikan cerita pada satu hari si bapa ini jatuh sakit. si anak yang risau akan bapanya telah berpesan pada isterinya supaya menjaga bapanya semasa dia berkerja.si isteri pula patuh dengan kehendak
suaminya

Semasa ketiadaan suami si menantu yang baik ini telah pergi ke bilik bapak mertuanya bagi menanya keperluan bapa mertuanya.

Menantu: bapa nak makan ape-ape?
Bapa mertua: bapak takde seleralah nak makanlah Jamilah
(nama menantunya)
Menantu:o.klah, kalau bapak taknak makan, bapak nak minum?
Bapa mertua:ah..ah...bagi bapak susu
Menantu:bapak nak minum susu F&N atau susu cap teko.
Bapa mertua: ape pulak susu tin bapak nak susu JAmilahlah.

Dengan perasaan marah si menantu inipun marah dengan kegatalan bapa mertuanya dan kemudiannya iapun meninggalkan bapa mertuanya yang terpingga-pinga kerana dimarahi.pada sebelah petangnya apabila sianak
ini balik si menantu ini pun bercerita kepada suaminya perihal bapa suaminya yang gatal itu.si anak dengan marah telah pergi bersemuka dengan bapanya.

Anak: apasal dengan bapak ni mintak susu bini saya, bapak buang tebiat ke?
Bapa: apasal pulak salah ke, dulu tu masa kau kecik2 kau mintak dan minum susu bini aku...aku tak marah pun.
Anak:???????

WarNa SuRaT CiNTa AnDa

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"
Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"
Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"
Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"
Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"
Ena : "Asmara Yang Membara"
Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"
Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "
Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"
Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"
Ani : "Kalau Merah Jambu?"
Ena: "Sedang Jatuh Cinta"
Ani : "Kalau kelabu?"
Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"
Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"
Ena : "Itu namanya kertas karbon.. Bodohhhh!

Kisah Benar-Penangan Rumah Mayat

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya! Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.

Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah.

Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat. Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. "Apa lah nasibku ini," aku mengeluh... Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak.

Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku...

Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, "Pssssttttt." Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit "Bala, kau ke tu ?" tapi tak ada jawapan.

Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi " Psssssssttttt". Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu.

Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat "PSSSSTTTTTT" ... ... ... ... diiringi bau wangi yg menusuk hidungku... Aku terpaku, tidak bergerak seketika... Lepas tu barulah aku pandang ke atas... ..

***PERHATIAN! !!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.

Sila scroll ke bawah...


Lalu aku tertawa sendiri... "Rupa-rupanya bunyi perfume dispenser" buat suspend jerrrrrrrr...

Kain Kapan Haji TeePoo

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.




Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.

Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."

Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"

Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya masih ragu-ragu.

"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."

"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar

m3 n ma neWly bOrN Blog!!!!

6.40 pM....waargh!!!!dpt gak me wt blog ni..long time wait lor 2 create it....but still not touch up...me hope 2 get it well touch up later....now me rlek2 lyan lgu kertas band...da best band eva..the syok one is tentangmu, kkasih yg x dianggap best gak.....kalo ikutkn, me ske all lgu kertas band...neway no matter happen, me hope me got time 2 give post here....huhuhu..peace ^(",)....